Saturday, March 23, 2013

Ringkasan Bab 3 Fahaman Pemikiran dan Etika

Sekularisme

Sekularisme merupakan satu ideologi masa kini yang meliputi aspek fahaman dan perbincangan yang sangat luas.Matlamat penyebaran ideologi ini ialah untuk melahirkan idea dan nilai  sekular dalam setiap individu,masyarakat dan memartabatkan negara sekular.Perjuangan utama ideologi ini ialah berkaitan urusan keduniaan yang mesti dipisahkan daripada hal-hal keagamaan seperti politik,ekonomi,sosial,pentadbiran dan undang-undang.Ideologi ini juga turut memperjuangkan hak kebebasan mutlak setiap individu daripada peraturan dan ajaran agama yang dilaksanakan oleh pihak pemerintah dalam sesebuah negara.Prinsip ideologi ini menegakkan kepercayaan bagi setiap keputusan yang diambil mesti bersumberkan daripada pemikiran akal manusia yang terlebih dahulu terhasil melalui bukti ujikaji bukan hasil doktrin agama.

Kekuasaan Manusia (MANPOWER)

Manusia bercita-cita tinggi.Manusia akan menggunakan akal untuk mencapai cita-cita.Sekiranya akal tidak digunakan secara tidak bijaksana,ia akan membentuk nilai-nilai moral yang kurang memuaskan.Antara kelemahan manusia yang bercita-cita tinggi ialah prinsip ini tidak realistik.Hal ini kerana ia menggalakkan manusia mencari kebendaan semata-mata dan status moral dalam kalangan manusia pada ketika ini sudah tidak penting lagi.Krisis dalaman dan luaran manusia tidak pernah dihuraikan malah tidak pernah disentuh langsung oleh ahli-ahli teori pembangunan semasa.Usaha-usaha untuk mengasaskan pembangunan kepada penekanan nilai-nilai etika dan pembaikian manusia secara kualitatif tidak mendapat perhatian yang serius dari ahli-ahli pembangunan.Perbincangan tentang manusia yang diandaikan mempunyai kepentingan-kepentingan sendiri menjadi mendalam apabila penekanan terhadap pentingnya penglibatan manusia dalam perancangan dan pelaksanaan menjadi penekanan yang dominan.

Liberalisme

Liberalisme merupakan falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi liberalisme menekankan hak peribadi dan kesamarataan peluang.Secara umumnya,aliran liberalisme bersetuju dengan prinsip-prinsip seperti kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara,batasan kepada suara kerajaan,kedaulatan undang-undang,hak individu ke atas harta persendirian,pasaran bebas dan ketelusan sistem pemerintahan.Aliran Liberalisme merupakan lanjutan daripada zaman Renaissance di Itali iaitu pada zaman kebangkitan yang berlaku di Eropah.Fahaman liberalisme mempunyai gagasan-gagasan pemikiran iaitu individu lebih penting daripada masyarakat,masyarakat hidup demi individu,individu bebas daripada nilai-nilai agama.Liberalisme dari sudut politik pula adalah dimana seseorang itu adalah asas undang-undang dan masyarakat.Liberalisme dalam ekonomi pula memperjuangkan kapitalisme laissez-faire yang mahu membuang semua halangan terhadap perdagangan dan memberhentikan semua kemudahan yang diberi oleh kerajaan seperti subsidi dan monopoli.

Modenisme

Proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat.Ia juga merupakan aliran yang terhasil daripada gerakan-gerakan di Amerika Latin.Semangat modenisasi bermula semenjak era Renaissance abad ke-16 masihi dan pencerahan pada abad ke-18 masihi.Pada tahap pertama,manusia yakin dengan akal yang rasional dan berani menghadapi kehidupan yang nyata.Tahap kedua pula bermula dengan revolusi Perancis.Tahap ketiga pula bermula semasa berlaku proses modenisasi global dan kebudayaan dunia moden secara universal.

Humanisme

Fahaman humanisme menganggap bahawa manusia adalah pusat segala-galanya dan manusia itulah Tuhan Yang Maha Agong.Dialah yang menentukan hukum-hakam.Tuhan tidak berperanan di muka bumi ini.Fahaman humanisme mempunyai sifat-sifat tertentu seperti percampuran bebas,penggunaan istilah-istilah yang mengelirukan,penukaran peranan antara lelaki dan perempuan,gerakan pembebasan wanita,kaunseling berkelompok serta pendidikan seks.

MOHD SHAFIQ HAZWAN BIN ZAINOOR LIZA  203570